Friday, 22 July 2016

Novel Pendek : Imam Aku Sweet

Aku mencapai handphone yang sedang berdering sehingga membingitka telinga itu. Apakah? Urgh! Butang warna hijau yang terpapar di skrin telefon bimbit Samsung Galaxy S4 ku yang berwarna putih itu aku sentuh di skrin.

"Hello! Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Isyaa!!" Aduh! Pekak telinga!

"Eh, Ayu. Kau dah kenapa?"

"Jom keluar! Shopping!!" Ish! Dia ni asyik shopping je.

"Alaa~ Malas lah." Aku membelek-belek buku di atas pangkuanku itu.

"Jom lah. Nanti aku belanja kau beli buku Ustazah Fatimah Syarha. Nak tak?" Mata ku terbeliak. Bibirku tersenyum. Buku itu segera ku tutup semula dek kerana teruja.

"Kalau macam tu, okey!"

"Eee~ Kau ni. Memang ulat buku kan. Tahu lah kau tengah pokai!" Aku mendengus.

"Amboi. Sedap bahasa." Sedapnya mengata aku. Tapi... memang pun.

"Hahaha. Gurau lah! Cepat siap. Lagi setengah jam aku sampai. Bye! Assalamualaikum." Eh? Cepatnya.

"Weh, kejap!" Alahai, dah letak? Ish, Ayu sleeping ni. "Waalaikumussalam."


**********

"Dah selesai makan?"

"Dah. Jom lah! Pergi mana pulak ni?" Aku berkata-kata sambil memandang sekeliling. Kelihatan sekelilingku penuh dengan remaja yang sedang bersuka ria. Hmm. semuanya Hamba Allah. Its okay! One day mereka akan sedar. Di akhirat kelak.

"Hoi ! Mengelamun. Jom lah!" Ayu menarik lenganku. "Okey! Sabar sayangku."


**********

"Esok jumpa lagi ek. In shaa Allah."

"Okey. In shaa Allah. Pandu hati-hati ye Ayu."

"Baik bos. In shaa Allah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku menaiki ke tingkat dua atas rumah milik kedua ibu bapaku yang tanahnya hak milik Allah. Tubuhku aku hempas ke katil. Fikiranku teringatkan lelaki yang ala-ala Ustaz di meja sebelah makanku di Foodcourt tadi sewaktu keluar bersama Ayu. Handsome! Allahu, jaga mata, jaga hati Alisya! Aku mengambil beg plastik yang dibeli di Kedai Buku Popular itu. Mataku tersembul. Mana pergi buku itu? Aku menepuk dahiku. Aduh! Tertinggal atas meja di Foodcourt itu tadi. Buku baru tu! Kesayangan pulak tu! Aduh! Macam mana ni! Aku kusut. Aku berguling-guling atas katilku itu. Tanpa aku sedar pintuku dikuak oleh adikku,Anis. Tamparan kuat bagaikan menampar bola itu menghingap di punggungku. Aduh! Aku menggosok-gosok punggungku.

"Adik, kenapa lah? Sakit tahu!" Mukaku berkerut. Sakit kot!

"Kakak lah kenapa? Berguling macam dengan orang sewel!"

"Manalah tak sewel. Buku edisi terbaru akak tertinggal di Foodcourt time shopping dengan Ayu tadi. Allah!" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.

"Haa! Serious. Allah! Sayangnyaa!"

"Itulah pasal! Sayanggg sangatt Urgh!"

"Dahlah. Takpayah mengeluh. Redha je. Takde rezeki." Aku menarik nafas lalu menghembuskannya.

"Betul. Mungkin takde rezeki." Wajahku sebik. Sedih jugak la kan bila buku baru beli hilang! Redha je lah. Ikhlaskan hati!

"Kakak, Umi dengan Baba pesan, esok jangan pergi mana-mana tau!"

"Eh, kenapa?"

"Taktahu lah pulak Katanya kawan diorang nak datang." Aku sekadar terangguk-angguk.

"Oh, okey! In shaa Allah."


**********

Haaaa!!! Kahwin?

Mataku terbeliak. Aku menelan air liurku. Anis, adikku sekadar tersenyum manja memandangku. Dahiku berkerut. Aku dan Anis sekadar menghendap rombongan itu yang di tingkat bawah dari tangga rumahku. Matilah aku!


**********

Aku tertunduk sebik. Redha je lah Alisya Maisarah. Mungkin jodoh kau!

"Sayang, kenapa sebik ni? Bukankah kahwin itu sunnah? Kamu pun baru habis belajar kan? Lagipun dia kan Ustaz. Dia boleh pimpin kamu, sayang Umi." Umi cuba memujukku. Aku kehilangan kata-kata. Bukan tak terima, tapi aku belum bersedia. Aku mengeluh.

"Umi. Baba. Hmm. In shaa Allah. Isya setuju je. Kalau Umi dan Baba restu." Aku tersenyum tawar.

"Alhamdulillah." Umi memelukku erat lalu mencium ubun-ubunku.

"Baba bukannya apa. Kalau baba dah tiada di Alam Fana ni. Ada lah juga lelaki yang dapat memimpin kamu ke jalan yang benar. Yang dapat menjaga kamu dan Anis. Anis pun nak SPM tahun ni kan. Lagipun kamu bukan muda lagi Alisya. Dah masuk 19 kan. Jagalah diri kamu. Ingat! Terima kerana Allah. Cinta kerana Allah."

Aku terharu. Bibirku mengukir senyuman. Inilah harmoni sebuah keluarga! Aku terima untuk mencari redha Allah. In shaa Allah, aku mencintai kerana cintaku pada Allah.

"In shaa Allah, baba. Umi. Doakan Alisya Maisarah juga ye."


**********

Aku terima nikah Alisya Maisarah Binti Muhammad Al-Azzam dengan mas kahwinnya senaskah Al-Quran tunai.

Dengan sekali lafaz aku telah bergelar isteri dan makmum kepada Muhammad Al Fateh. Aku mengeluh. Tanganku bagaikan bermandi peluh. Seriously aku tak kenal lelaki ni. Yang aku ingat dia pernah duduk sebelah meja makan denganku dan Ayu sewaktu keluar shopping dengan Ayu di Foodcourt. Aku gelabah. Orang ramai semuanya berpusu-pusu keluar dari dalam masjid yang indah itu. Si Suamiku itu sedang asyik bersalaman. Aku kebingungan di situ disebabkan Umi menyuruhku untuk menunggu dia. Dahiku berkerut dek penat berdiri menunggu si Suami. Suami??? Hmm. Baju perkahwinanku hanyalah jubah berwarna hijau dan bertudung labuh kerana hijau warna kesukaan Rasulullah. Sedang aku mengelamun, terasa tangan kanan ku digenggam seseorang. Mataku terbeliak. Aku memandang ke kanan. Mataku berkelip-kelip.

"Jom! Kita ke tempat majlis kenduri pula." Huh? Mataku masih berkelip-kelip. Ke'hensem'an si dia hanya Allah lah yang tahu dan hanya aku yang dapat membayangkan. Wajahnya hensem seperti artis Korea. Mananya mata aku tak terkelip-kelip. Hensem! Untunglah dia suami aku.

"Sayang teringin nak jadi kelip-kelip ke? Tahu lah mata sayang cantik pun kan." Aku tersedak. Aku menelan air liur. Sayang?? Oh, tolong! Berikan aku baldi untuk aku muntah! Urghh! Tak biasalah!

Dia tersengih. Dia menarik lenganku. "Jom! Nanti kita sambung lain. Malam nanti ke kan? Hee~" Dia tersengih di sebelahku.

Aku mencebik. Alamak! Aduh! Kuatkan aku Ya Rabb! Aku sekadar menuruti langkah dia menuju keluar dari dalam masjid itu. Aku masih kebingungan.

**********

Fuhh! Setelah selesai majlis kenduri Aku menghabiskan masa dengan membasuh pinggan di dapur rumah milik mentuaku itu, Hajah Azimah. Aku menoleh ke belakang setelah terasa bahuku dicuit oleh seseorang, Ayu.

"Eh, kau tak balik lagi?" Ayu tersengih. Lalu memelukku. Aku tercenggang.

"Aku seronok sangat! Kau dah kahwin. Aku entah bila la pulak."

"In shaa Allah, Ayu. Jodoh tak ke mana pun. Allah dah aturkan untuk awokk!" Aku tersenyum.

"Betul, betul, betul! Heheh. Aku harap sampai bila-bila kita bersahabat fillah ye. Walaupun aku dah nak pergi New Zealand untuk sambung belajar."

"Wah! Kau dapat ek. Tahniah! Alhamdulillah." Aku turut memeluk Ayu.

"Alhamdulillah. Aku akan rindukan kau!" Aku tersenyum melihat wajah Ayu yang sebik itu.

"Aku pun. Sangatlah!"

"Ala~ Kau dah ada suami. Mestilah kau rindukan suami kau lebih." Aku tersedak. Baru aku ingat aku ini dah jadi isteri orang beberapa jam yang lalu.

"Mestilah. Syurga aku dah bertukar ke tapak kaki suami aku. So, aku kena taat pada dia lillahi ta'ala." Bibirku masih terukir senyuman. Lalu aku mencium dahi sahabatku itu. Ayu mula tersenyum.

"Sayang kau!"

"Aku pun! Sayang sangat!"

"Ala~ Omeynyaa!" Buih-buih sabun menghingap di hidung Ayu.

" Heheh, banyak la kau." Aku memeluk erat Ayu. Ayu juga. Hatiku merasa sedikit sebak. Indahnya berukhuwwah!

"Ehem... Ehem... Tak habis lagi?" Aku memandang Ayu. Kami sama-sama menoleh ke arah seruan itu. Mataku tersembul. Si Suamiku?

"Aaaa. Dah. Dah habis." Ayu meleraikan pelukan. Ayu tersenyum dan mengangkat keningnya padaku.

"Aku balik dulu ek. Esok call aku tau!"

"Baik bos!" Aku tersenyum.

"Okey! Assalamualaikum."

Kelihatan Ayu bingkas pergi. Sambil tersengih-sengih. Aku mendengus. Aku menyambung semula membasuh pinggan mangkuk yang belambak di dapur. Entah kenapa tiba-tiba aku menggelabah. Kedengaran tapak kaki makin dekat denganku dan langkah itu akhirnya terasa terhenti di sebelah kananku. Urgh! Sudah!

"Kenapa mesti peluk lama-lama? Ada yang cemburu tahu?" Eh! Suka hati lah. Bebola mata hitamku aku naikkan ke atas. Perasan!

"Oh, yeke? Minta maaf lah ye. Kan sunnah Nabi memeluk seorang sahabat. Kan Ustaz Muhammad Al-Fateh." Aku memandangnya sekilas dan terpandang dia sedang tersenyum memandangku. Dek kerana gelabah aku tidak sengaja mengusap hidungku sehingga tanpa sedar buih sabun terhinggap di hidungku.

"Dan...." Dan??? Aku memandangnya yang sedang bergerak perlahan di belakangku. Dan tiba-tiba pinggangku dipeluk dari belakang. Ya Allah! Aku menelan air liur. Jantungku berdegup laju tahap kereta sports F1. Aku sekadar berdiri kaku sambil tanganku masih bergerak membasuh pinggan untuk menenangkan diri. Tenang Alisya! Tenang! Dia dah jadi mahram kau kan. Allahu!

"Dan.... Suami memeluk Isterinya dari belakang juga sunnah. Tahu tak?" Aku mengeluh. Jantungku masih berdegup laju. Sabar! Tenang! Aduh!

"Ta..Ta...Tahu." Kedengaran dia tergelak kecik. Ish! Tergagap pulak!

"Baguslah. Bijak isteri abang ni!"

"Memang pun!" Aku tercenggang. Alamak! Entah kenapa tiba-tiba perkataan tu spontan keluar dari mulut aku.

"Hahah. Perasannya isteri abang ni. Dahlah hidung ada tahi hidung." Sentap! Tahi hidung? Aku menggosok-gosok hidungku. Mana ada tahi hidung? Takdelah!

"Eh, mana ada."

"Ada la. Ni ha!" Dia mengusap hidungku lembut. Buih sabun dikatakan tahi hidung? Ah! Malunya! Wajahku kemerahan dan sangat jelas dek kulit wajahku putih gebu.

"Alaa~ Merah dah pipi kesayangan. Rasulullah panggil Aisyah r.a. dengan panggilan Humaira' yang bermaksud kemerah-merahan. Kesayangan abang ni pun Humaira' juga!" Dia mencuit hidungku. Aku tersenyum.

"Tahu Ya Zauj!" Dia memelukku erat.

"Meh abang tolong basuh pinggan mangkuk ni semua. Kan sweet? Ada macam Rasulullah tak? Rasulullah selalu bantu isterinya." Aku tersenyum.

"In shaa Allah." Bibirku mengukir senyuman.

"Hah! Pengantin baru buat apa tu?" Dia meleraikan pelukan.Kami berdua menoleh ke belakang. Kelihatan Abah dan ibu mentuaku juga ada Umi dan Baba memandang kami. Aku gelabah dan merasa malu. Aku tersedak dek terasa ada lengan sedang memeluk pinggangku.

"Tolong isteri buat kerja di dapur." Aku tersenyum tawar. Memandang si suami sekilas. Terlihat dia tersengih-sengih.

"Hahah. Okey. Sambunglah buat kerja ye." Mereka tersenyum. Aku mendengus. Mataku terpandang Anis yang sedang tersengih. Aku mendengus marah padanya. Lalu dia berlari anak-anak. Terasa ciuman menghingap di ubun-ubunku. Aku terkejut. Aku memandangnya di kananku.

"Jom sambung basuh pinggan mangkuk ni. Nanti cepatlah selesai." Dia tersenyum manis padaku. Aku membalas semula senyumannya. Mungkin Allah sudah aturkan begini jalan cerita jodohku ini. In shaa Allah.


**********

Setelah selesai bersiram dan mengenakan pakaian tidur dengan berbaju kelawar, aku membelek-belek hadiah dari para sahabat aku dan si suamiku itu. Kata-kata indah di hadiah itu membuatkanku tersenyum sendirian. Ada yang tertulis dalam Bahasa Syurga iaitu Bahasa Arab dan itu semua ditulis dari sahabat si dia. Sahabatnya kebanyakkan belajar di Mesir dan Jordan. Dia kan pelajar Universiti Al-Azhar! Aku yang asyik tersenyum membelek hadiah tiba-tiba terasa bahu kanan ku dicuit , aku menoleh tapi tiada orang. Bahu kiriku pula dicuit tapi tiada orang juga. Aku memuncungkan mulut lalu menoleh semula ke depan. Aku tersedak dek terkilan melihat si dia tiba-tiba duduk di sebelah kananku sambil tersengih. Aku mendengus. Aku mencubit paha kanannya. Dia merungut manja. Ceih! Aku tersenyum sinis.

"Boleh terangkan maksud ucapan sahabat abang dalam Bahasa Arab ni?" Aku menghulurkan sebuah hadiah yang tertulis dalam Bahasa Arab pada dia. Dia menyambutnya dengan senyuman.

"Hm. 'Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir'."

"A'a. Alisya tahu maksud Baarakallahu je. Yang lain tak tahu. So, maksudnya?"

"Hm. Maksudnya 'Abang cinta sayang kerana abang mencintai Allah'." Huh? Dahiku berkerut. Ish! Ingat aku senang kena temberang ke? Aku memuncungkan mulut.

"Bukan lah. Ish! Tipu la ni kan?" Dia tergelak.

"A'a. Tipu je. Jangan lah buat mulut duckface . Tahu lah sayang comel pun kan." Sentap! Dia tersenyum.

"Mana ada lah. So, so, so, maksudnya?" Dia tersenyum. Matanya tertumpu padaku. Malu!

"Cepatlah bagitahu maksudnya abang?" Dia mengalihkan pandangannya semula pada hadiah itu.

"Ini doa khusus untuk pasangan berkahwin. Maksudnya 'Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan'. Faham?" Dia memandangku. Aku terangguk-angguk.

"Faham, faham!" Aku tersengih.

"Dah jam 12 ni, jom tahajud! Lepas tu kita...." Dia terbatuk-batuk bagaikan berlakon. Aishhh! Cover la tu! Dahiku berkerut. Aku senyum. Aku mengeluh. Ini semua kerana Allah. Kerana cinta aku pada Allah.

"Aaa... Baik! Tapi kita kena buka hadiah cepat-cepatlah kan." Aku berpura-pura membuka hadiah dengan cepat. Dia tersenyum. Manisnya senyuman itu! Aku juga tersenyum. Gejoloh(gelojoh) betul lah aku ni. hehe.


**********

Aku mencium tangan suamiku setelah selesai bermunajat dan bertahajud. Ubun-ubunku diciumnya. Sejadah ku lipat dengan bantuannya. Kain telekung ku simpan ditempat asalnya. Aku menepuk-nepuk katil untuk persiapan tidur. Aku duduk bersila di atas katil sambil membelek telefonku. Wow! Banyak jugak mesej yang diterima. Tiba-tiba mataku terpaku. Mataku terbeliak. Buku ni? Aku memandang ke kanan. Merenung dia untuk memberikan penjelasan. Dia sekadar tersenyum sambil menghulurkan sebuah buku yang pernah aku hilangkan dulu. Aku mengambilnya. Dia menghempaskan punggungnya di sebelahku.

"Tengok telefon kejap ye." Dia merampas telefon dari tanganku. Dia tersenyum. Aku masih kaku memandang buku itu sekilas.

"So, buku ni tak hilang di foodcourt. Dan abang yang simpankan ye." Dia masih khusyuk membelek telefon bimbitku.

"Hm. Nasib baik yang mesej semua perempuan." Aku mendengus. Dia endahkan aku! Nak kena ni. Aku memicit pipi kirinya.

"Aduh! Sedapnya kena picit pipi." Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya. Hahah, pipi dia merah!

"Sedap kan? Jawablah cepat. Sayang tanya ni." Sejak bila lah aku pandai berbalas 'sayang' ni. Opss! Tak sengaja!

Dia memandangku tersengih. Aku tersenyum ala-ala manis seperti gula-gula yang dijual hanya di California. Hahah, perasan kejap! Tiba-tiba dia merapati dirinya denganku. Aku terbeliak. Badannya semakin merapatiku,bibirnya tersenyum sinis dan aku cuba menjauhinya. Akhirnya aku terbaring di atas katil bersaiz Queen itu. Wajahnya merapatiku. Aku yang gelabah menutup mataku erat. Dahiku dicium. Aku membuka mata. Melihat dia sudah kembali terduduk sebelahku. Dia tersenyum.

"Abang nampak masa tu ada orang tertinggal buku ni. So, abang simpanlah. Ingat nak kirimkan tapi tak jumpa tuannya." Wajahku berkerut. Aku duduk semula. So?

"Jadi? Macam mana abang tahu sayang pemilik buku ni?" Dia masih asyik dengan telefon bimbitku. Tadi dia baca mesejku, jadi aku izinkan. Tapi sekarang? Dia boleh pulak pergi main game Pou. Ish! Aku merampas telefon bimbit itu lalu aku meyorokkannya di belakangku.

"Sudah lah main game. Cepat jawab!" Aku merenungnya. Dia senyum. Dia bersila di atas katil sambil menumpukan matanya ke arah ku.

"Baiklah sayang." Aku tersenyum.

"Fuh! Okay. Once upon a time..."

"Eh, eh? Apa ni?"

"Kan nak dengar bedtime stories." Ish! Dia ni suka menyakat aku kan. Aku mencuit hidungnya.

"Serious lah. Nak tahu sangat ni!" Dia tersenyum manis.

"Okay. Sebenarnya abang tak tahu pun sayang pemilik buku ni. Kan sayang dan kawan sayang duduk bersebelahan meja dengan abang time tu. So, abang hanya pandang sekilas seorang muslimah yang bertudung labuh sebelah abang yang sekarang adalah isteri abang." Dahiku berkerut. Next?

"So, kenapa abang terima nak kahwin dengan Alisya?"

"Sebabnya, sayang abang ni cantik." Dia tersengih. Wajahku merah. Karut!

"Ish! Takkan lah!"

"Hahah, itu salah satu sebabnya. Sebabnya yang sebenar. Abang tak kenal pun sayang. Abang hanya dengar dari mulut Abah dan Ibu tentang Alisya Maisarah. Mereka kata sayang cantik."

"So, memang betul lah sebab cantik!"

"Eh, perasan lah sayang ni." Eh! A'a lah. Perasannya aku. Hahah

"Bukan. Sejujurnya macam-macam Abah dan Ibu puji sayang tapi itu semua abang tolak tepi. Abang nak cari gadis yang taat pada Allah untuk dijadikan isteri. Dan gadis yang taat pada Allah adalah gadis yang cinta pada Allah sebab itu dia taat. Macam sayang. Abang sengaja melamar. Sebab kita tak kenal. Tengok abang pun tak pernah kan."

Aku sekadar mengangguk perlahan.

"So, seorang gadis yang tak pernah melihat si lelaki mesti dia akan menolak atau takpun dia nak lihat dulu si lelaki tu.Mana tahu lelaki itu tak hensem. Jadi, sayang lain. Sayang terus terima tanpa ada sebarang alasan atau meminta diberikan masa untuk berfikir sebabnya ikut restu Baba dan Umi tanpa pedulikan siapa abang janji beragama dan berciri kepimpinan. Bermakna dari situ abang nampak sayang taat pada Allah kerana sayang taat pada Baba dan Umi. Maka abang pun setuju memilih sayang dengan niat kerana Allah."

Aku tersenyum. "In shaa Allah, abang."

"Sewaktu hari pernikahan, abang terkejut melihat Alisya Maisarah menjadi isteri abang. Abang terus teringatkan pemilik buku yang abang tercari-cari. Merata tau abang cari sayang! Kadang-kadang abang hampir terjumpa sayang tapi abang tak sempat nak beri."

Aku tersenyum riang.

"Mungkin jodoh. Allah dah aturkan. Allah Maha Bijaksana. Dah ada dalam perancangannya, kan?"

"Betul! Barakaallah! Semoga Allah memberkati kita." Dia menggenggam tanganku. Bibirku mengukir senyuman.

"Ha! Bak balik telefon. Abang tak habis main lagi! Si Pou tu mesti kelaparan." Hahah. Dia buat dah!

"Tak boleh. Habis bateri lah! Lagipun dah lewat ni. Pukul 3."

Dia cuba merampas telefon itu di belakangku. Dia mengagau-gagau di belakangku seperti memelukku. Wajahnya merapatiku. Tangan rapi memeluk pingganku. Segalanya terhenti. Mata masing-masing saling berpandangan. Dek kerana malu aku cuba memejam mataku erat. Semuanya niat kerana Allah! Akhirnya aku terbuai dalam lena.


**********

Akhirnya sampai juga aku ke tempat percutian idamanku. Jeju Island yang terletak di Korea. Sebuah pulau yang sangat indah dan nyaman. Udara yang segar! Tenang dari hingar-bingar kesesakan bandaraya. "Jom shopping!" Aku menoleh. Mataku tertancap pada susuk tubuh yang berkopiah putih di kepalanya. Baju kemeja yang dipadankan warnanya bersama pakaian ku. Dia memegang tanganku.

"Pegang tangan! Nanti hilang pulak isteri kesayangan abang ni kan ya Humaira'?" Aku tersengih. Tadi pun dah hilang dek teruja. Nasib lah dia datang cari aku. Wajahku kemerahan dek terkena pancaran matahari walaupun udara disini memang sejuk.

"Jom kita shopping!" Aku tersenyum.

"Yey! Jom, jom!"


**********

Hampir keseluruhan kawasan itu kami melilau. Kami menyinggah sebentar di masjid yang ada di situ untuk menunaikan ibadah solat. Aku agak lambat sedikit keluar dari masjid. Maklumlah, perempuan kan. Dengan nak melipat kain telekung lagi. Pakai tudung lagi. Aish! Macam-macam lah kan alasannya. Aku terpandang si lelaki yang berkopiah sedang duduk memandang lautan di bench berdekatan masjid. Aku mendekatinya. Berangan lah tu! Heheh

"Assalamualaikum. Nak ngorat boleh?" Heheh.

"Waalaikumussalam." Dia menoleh. Dia tersenyum. "Boleh, boleh. Ngoratlah saya. Tapi kena minta izin kesayangan saya dulu." Amboi! Hahah. Suka sangat melayan aku yang kaki menyakat ni.

"Heheh. Ada-ada je lah abang ni." Aku melabuhkan punggung bersebelahan dengannya. Tangannya diletakkan atas bahuku lalu mengusap kepalaku lembut sambil memandang pemandang laut yang indah itu.

"Kita pergi cari makanan halal jom!"

"Hmm. Idea yang bagus! Jom!"

"Eh, kerja makan je kan. Entah-entah...."

"Entah-entah ape?" Wajahku berkerut.

"Takde pape lah. Let's go!" Kami bingkas bangun dan berlalu pergi mencari rezeki yang halal untuk dimakan.


**********

"Nak rasa sikit, boleh?"

"Mestilah Boleh. Tapi sudu ni bekas mulut sayang ni."

"Alah. Takpe. Rasulullah selalu makan tempat yang satu mulut dengan Aisyah r.a."

"Betul ni?"

"Betul sayang. Suapkan lah cepat."

"Amboi. Mengada ek. Nah!"

Aku menyuapkan sesudu betih jagung yang disalutkan mentega dan susu itu ke mulut suami ku tersayang. Dia tersengih.

"Sedap sangat!"

"Eleh. Sama je dengan abang punya."

"Eh, tak sama. Sayang punya dicampur adukkan dengan Cinta kerana Allah." Ewah! Sweetnya Imam aku ni.

"Heheh. Pandainya berjiwang ek wahai suami kesayangan Ustaz Muhammad Al Fateh."

"Of course lah kan." Dia tersengih. Nasib hensem! Kalau tak dah lama aku simbah air. Eh, tak baik lah! Gurau je ye. Heheh

**********

"Wah! Indahnya ciptaan-Mu Ya Allah. SubhanaAllah."

"Allahu, SubhanaAllah!"

Pantai yang indah dan udara yang segar di Jeju Island itu membuatkan aku dibuai tangisan. Airmata ku tidak sengaja membasahi pipi putih gebuku ini. Suami ku memandangku keanehan.

"Kenapa ni Alisya Maisarah?" Dia memandangku dan mengusap airmataku.

"Wahai suamiku Muhammad Al-Fateh, jadikan airmata ku ini sebagai permata untuk kita saling mencintai kerana cinta kita pada Allah." Bibirnya mengukir senyuman.

"In shaa Allah, sayang. Semuanya kerana Allah!" Dia memelukku erat.

"In shaa Allah." Aku juga membalas pelukkannya. Tiba-tiba aku terasa mual.

"Sayang, kenapa ni?"

"Taktahu lah. Tiba-tiba sayang rasa mual."

"Oh, takpe. Nanti kita balik sana kita pergi klinik ye."

"Huh?"

Aku tersedak. Badanku yang seberat 57 Kg ini dikendong oleh suami kesayangan ku itu. Dah kenapa pulak ni! Dia memusing-musing tubuhnya sambil mengendongku. Aduh! Makin pening lah aku.

"Abang, dah lah.Pening lah ya Ustaz." Dia tersengih lalu menurunkan aku dari mengendongku.

"Alhamdulillah. sayang dah berbadan dua." Apa? Aku berbadan dua?

"Aik! Mana abang tahu? Abang doktor ke?"

"Taklah. Abang ada baca buku. Sebab tu lah abang tahu sikit sikit kan."

"Amboi! Sampai baca buku ek."

"Of course lah."

Aku tersenyum sinis. Aku mengambil kopiahnya lalu aku melarikan diri.

"Sayang! Tak hensemlah abang tak pakai kopiah!"

Aku berlari anak membawa kopiahnya itu. Dia mengejarku. Ia mengingatkan aku tentang sunnah Rasulullah yang sering mengejar Aisyah r.a.. Cinta Kerana Allah itu tersangatlah indah! Allahu!

TAMAT

Dikarang Oleh :
Cahaya Hidayah


Terima kasih kerana sudi membaca ^.^