Friday 22 July 2016

Kalau kita lupa Allah itu, perkara 'Normal' lah weh !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu ^.^

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 

Lama jugak Da'ie CH tak post entri bertazkirah. Aseef jiddan.
Da'ie sedikit kesibukan nak type. Giveaway pun sekadar #CopyPaste je.
Da'ie sibuk dengan manuskrip novel dan hal-hal atas asbab tersendiri.
Dengan usaha Da'ie CH, Alhamdulillah.
Da'ie CH luangkan sedikit masa untuk tazkirah pada hari ini.
Maka hari ini kita berbicara tentang tajuk di atas.

"Eh? Apa ke peliknya tajuk? 'Normal'? Bodoh ke apa blogger ni?"

Pelik kan? Maka hari ini, ana tazkirah melalui cerita seperti selalu.
Cerita yang in shaa Allah. Dalam maksudnya.

Once Upon a Time..... Tersebutlah Kisah..... *nyanyi*

-------------------------------------------------------------------------------------

Kringgg!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu kelas telah tamat.
Aku mencapai beg sekolahku dan menggalasnya untuk pulang.
Ku selit tanganku ke dalam beg sekolahku itu lalu mencapai niqabku yang berwarna putih untuk memakainya sebelum keluar dari pagar sekolah.
Sekolahku hanya sekolah biasa dan adalah sekolah perempuan. Jadi bila di luar sekolah sahaja aku memakainya.

Aku menjejakkan kaki ke luar sekolah dengan wajahku tertutup. Bagi pelajar yang lain, mereka sudah biasa memandangku wajah tertutup. Bahkan tiada halangan untuk pelajar non-muslim hendak bersahabat denganku. Bagi mereka ini satu keunikan. Aku melabuhkan punggungku di bench luar sekolah sambil menunggu ketibaan umi ku. Aku jarang sekali melepak dengan pelajar perempuan lain kerana mereka sedikit sosial yakni bebas. Aku memandang ke kanan, para gadis melayu sedang bergelak ketawa di pinggir jalan. Aku memandang ke kiri pula. Pelajar non-muslim sedang membaca buku dengan diam. Aku memusing sekilas ke belakang, aku terpandang si gadis sedang duduk bermain handphone nya. Aku menoleh semula ke hadapan. Mataku melilau memandang orang ramai. Hatiku berkata 'Ya Allah, aku dan mereka hanyalah hamba. Adakah aku dan mereka ingatkan engkau saat ini?' Aku tertunduk sayu. Sungguh mudah aku melupakanmu.

"Assalamualaikum." Aku mengangkat kepala. Terasa bahu kananku dicuit seseorang. Aku menoleh ke kanan. Aku tersenyum.

"Waalaikumussalam. Ada apa ye sahabat?" Aku menggelarnya sahabat. Sedangkan aku kurang kenal dengannya.

Aku kaku. Melihat dia tiba-tiba duduk di sebelahku. Aku menginjak sedikit memberi ruang. Aku memandangnya. Sungguh dia kelihatan sayu.

"Awak ada masalah?" Aku senyum. Cuba membantu. Dia mengangguk perlahan.

"Beratkah masalah awak?" Aku menyoal. Aku risau melihat rakan seIslam denganku kesedihan.

"Berat sangat." Dia tertunduk sebik. Aku merenungnya tanda inginkan kepastian.

"Cuba awak pandang saya? Pemakaian saya." Soalan yang aneh! Lalu aku memandangnya. Aku tahu maksudnya. Aku tersenyum. Ada benih-benih taubat dalam dirinya.

"Okay je." Aku tersenyum. Dia memandangku aneh.

"Okay awak cakap. Bandingkanlah awak dgn saya. Saya jijik. Saya tak tertutup macam awak." Dia tertunduk sedih. Kata-katanya membuatkan aku makin tersenyum.

"Saya tak bandingkan awak dengan saya. Tapi Allah yang memandang awak. Malaikat kiri kanan awak yang mencatat dosa awak. Bukan saya." Aku tersenyum. Kelihatan dia makin tunduk. Aku memegang bahu kirinya.

"Awak..." Dia memandangku.

"Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk setiap hamba-Nya. Berubahlah kerana Allah. Allah itu Maha Pengampun."

Dia memandangku. Matanya berlinangan air. Aku menarik nafas dan menghembuskannya.

"Tapi saya malu. Jarang saya ingat Allah." Aku tersentak. Air mataku hampir terjatuh. Untung aku menutup wajahku jadi kurang dilihat linangan air mataku ini.

'Ya Allah, aku tidak menyangka. Sebenarnya ada yang mengingatiMu saat ini. Sedangkan aku juga belum tentu.'

Aku tersenyum. "Kalau kita lupa Allah itu, perkara 'normal' lah."

Dia terkilan dengan kata-kataku. "Maksud awak?"

"Maksud saya, mungkin orang yang tiada taqwa itu akan berkata begini. Kerana mereka tahu Allah itu Tuhan mereka, tapi mereka tak pernah takut pada Allah."

"Begitulah saya sahabat."

"Alhamdulillah. Sebenarnya awak masih ingat dan malu pada Allah walaupun sesaat. Tapi berusahalah untuk ingat Allah setiap saat pula selepas ini." Begitu juga aku. Muhasabah! Aku pun kena dan WAJIB ingat Allah setiap saat.

Dia tersenyum. Dia hanya menggangguk. Aku juga tersenyum.

Pinn!!!!

Bunyi hon kereta Alza umi ku membuatkan aku menoleh ke arah kereta itu. Aku menggangkat tangan membuat tanda tunggu sekejap. Aku memegang tangan kanannya.

"Kita sama-sama berusaha mencari redha Allah ye. Jom istiqamah!" Erat juga aku mengenggam tangannya. Lalu aku melepaskannya. Aku menggalas beg sekolahku lalu berlalu pergi. Ketika hampir dengan kereta Alza umi ku. Aku terdengar satu seruan lalu aku menoleh.

"Tunggu!" Dia mendekatiku.

"Boleh pinjamkan saya tudung labuh awak esok?" Aku tersentap. Allahu! Aku tersenyum.

"Boleh. Nanti saya belikan yang baru khas untuk awak." Matanya tersembul. Aku yang sengaja tanpa banyak bicara risau dia menolak hadiahku itu. Terus memasuki kereta.

"Tapi..."

"Assalamualaikum Ya Qurratul Ain!" Aku melambai padanya. Dia kelihatan bingung. Aku tersenyum.

Aku menyandarkan diriku di kerusi yang lembut bagaikan sofa dalam kereta umi ku itu. Aku tersenyum.
Tiba-tiba mindaku melayang teringatkan pesanan tok guru ku. Ya,benar! Allah itu Maha Besar.
Kali ini aku kena berusaha untuk selalu ingat Allah.
'Ya Allah ingatkanlah aku diri-Mu setiap saat. Sungguh aku tak sanggup melupakanMu.'

Umi memandangku lalu tersenyum. Umi mencuit hidungku.

"Anak umi dapat kawan baru ye." Aku tersenyum.

"A'ah. Hamba Allah." Aku tersengih. Nikmatnya hidup cara Islam.

CONTINUED OR THE END ?

Setakat ini sahaja tazkirah Da'ie CH..
Kalau nak sambungan boleh beri pendapat anda di ruangan 'post a comment'.
Kalau tersalah mohon teguran ye.
Kalau terasa hati atau terkasar mohon kemaafan.
Sedangkan Nabi memaafkan umatnya.


Salam Rindu ,
Cahaya Hidayah


Terima Kasih Sudi Membaca, Semoga bermanfaat ! Muhasabah Bersama ^.^