Tuesday 26 July 2016

Hati aku tak kuat ? Allah !





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu ^.^

Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW:
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


Bismillahi ~

Alhamdulillah , kita masih diberi nafas untuk menuai padi untuk dibekalkan ke sana kelak .
Aseef jiddan sebab tak update lagi lahaiii novel pendek aka cerpen . 
Allahu , perasan tak masa ni bergerak laju berdesappp . 
Sampai Qalbi sendiri takde masa nak menghadap laptop . 

Ya , kita sedar . Masa itu berlalu pantas . 
Tapi ... apa kita sedar kiamat itu juga makin dekat ?

Allah . Allah . Allah .
Meremang bulu roma bila teringat . 
Nih bila teringat ? Adakah setiap masa kita ingat ?
Allahurabbi . Nak ingat kiamat ? Sedangkan mati kita kurang beringat . Kan ?

Okeh !
Berbalik pada asal topik . Topik entri kali ni , Qalbi nak ghoyak (cakap) tentang 'Hati.'

* senyum sinis *

Bila cakap pasal hati ? Mesti kita ingat 'Cinta' je , betul ?
Konon bila putus cinta ni , ramai yang baru nak ingat Allah ,
baru nak cari sejadah , baru nak cari telekung , pendek kata baru nak cari Allah .
Dah okay relay tu , sejadah dicampak , telekung ditauk ,
dahtu , Allah ?? Nauzubillah ~
Pegang kata-kata ni , Hati ini dari Allah maka hati ini ZatNya yang punya . Faham ?

It's okay . Macam biasaa . Qalbi karangkan satu cerita supaya lebih faham . 
Bismillahi ~

***************

"Pikah ."

Pikah hanya khusyuk dengan telefon bimbitnya yang berjenama Iphone . Tangannya laju menaip . Bibir tersenyum-senyum .

"Hoi ! Pikah !"

Dyra mengetuk kepala Pikah dengan buku limanya tapi takdelaa kuat manapun . Hanya selembut tangan wanita .

"Adoi ! Sakit laa weh . Pasaipa ?" Pikah mengosok-gosok kepalanya .

"Tahu sakit . Kau ni bila nak solat ? 15 minit lagi nak habis waktu Maghrib weh ."

"Alaaa . kejap laa ." Dyra menjeling ke atas . Mengetap bibir tanda menahan geram . Cuping telinga kanan Pikah pulak ditarik .

"Adoi ! Kau pehal ? Sabar laaa . Aku ada hal ni ."

"Hal apa laa sangat dengan boyfriend kau ni ? Dia bukan boleh bawa kau ke Syurga pun kalau kau pun dia tak boleh nak tegur suruh solat . Dahtu duk mesej rancak pulak macam dah kahwin ."

"Kau boleh tak jangan menyibuk . Kang habis waktu pun boleh qadha kan ."

"Eh...eh.. Suka-suka hati kau nak qadha . Dahtu nanti malaikat maut datang nak ambik kau , kau cakap kat malaikat suruh qadha ambik nyawa kau hari lain . Boleh macamtu ?"

bla.....bla...... bla.......

Ish , pehal diorang ni .

"Allahurabbi ! Sudah laaa . Masing-masing dah besar . Memang kubur lain-lain , tapi sanggup ke kau nak dengar jiran kubur sebelah duk menjerit minta tolong nanti ."

Pikah dan Dyra hanya membisu . Tergamam sebab tetiba aku bersuara . 

"Gais ! Allah tu tak buta , tak pekak . Allah tu adil ."

Dyra hanya menjeling Pikah . Pikah pulak just buat donno . Biasalaa , orang tengah angau cintan .

"Dahlaa , aku nak masuk bilik . Malas layan minah bajet alim macam korang . Korang tu dengki sebab takde orang nak ! Okbaii !"

Pikah hanya berjalan slamber badak mengabaikan kami .

"Haih ! Nasiblah serumah . Sakit jiwa aku dengan dia ni ."

"Dyra ... better kita doakan dia berubah macam dulu , kan ?"

"Hm .. In shaa Allah , doa tu segalanya ..."

                                                                         * iklan kit kat *


Seminggu kemudian ~

Keropok TamTam aku kunyah sambil menonton ceramah Ustaz Don di TVAlhijrah . Sekilas ku mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul 7.30 petang. Dahiku dikerut . Pelik pulak Pikah ni dari balik kampus tadi tak keluar bilik .

"Dyra , rajin tak ? Tengok jap pikah buat apa ..."

Dyra yang asyik dengan assignmentnya dan khusyuk menghadap laptop miliknya berpaling ke arahku.

"Bukan tak rajin tapi bila dengan Pikah ni . Allah . Jadi malas tiba-tiba."

"Aku bukan malas. Kau faham-faham laa Pikah ni tak seberapa dengan aku. Konon aku ni warak sangat nak borak dengan dia. Pergi la jap . Kot dia pengsan ke hape .." Dyra mengembungkan mulutnya.

"Yayaya , aku pi tengok nah . Sat ." Dyra bingkas bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke bilik Pikah.

Selang beberapa minit , Dyra terlompat duduk di sebelah aku . Giler kau tak terlatahnya aku.

"Haa .. kenapa kenapa ?"

"Weh .. weh .. mimpi apa pikah solat awal harini ?"

"Laa .. pehal terkejut sangat . Biarlah dia sayang oi . Kot dia dah berubah."

"Biar betul ? Maybe laa kot . Siap baca yasin bagai . Haa ! Boyfriend dia meninggal kot !"

Aku menampar dahi Dyra . "Kau ni mulut ! Haih .."

"Mana la tau kan ."

                                                                  * iklan downy *

"Dyra ! Zahra ! Sakit hati laa aku .." 

Aku dan dyra saling berpandangan . Tergamam tengok si Pikah meronta-ronta nangis.

"Kau kenapa , Pikah ?" Dyra menyoal . "A'a ,cuba cerita ..." Aku menambah .

"Minggu lepas kan . Boyfriend aku ni cakap dia nak pergi outstation so nak kena off phone. So aku pun just sabar and rindu dalam doa."

Aku hanya tersenyum sinis . "Macammana tu rindu dalam doa?"

"Ish , kau ni kan warak . Takkan taktahu . Kalau rindukan seseorang , kita doalah !"

"Ohhhh .... okay sambung !" Aku hanya mengiyakan dan biarkan dia bercakap sebelum mulut aku ni tazkirah macam keretaapi .

"Pastu kan lepas seminggu tu aku pelik kenapa dia tak contact aku , kata seminggu je ."

"Dahtu aku call takdapat . Aku just sabar je . Pastu kan , besok tu aku online facebook , aku nampak gambar dia dengan betina lain . Pakai niqab pulak tu , siap hashtag tunang lagi ."

Aku dan Dyra saling berpandangan . Hanya menahan ketawa . "Lagi lagi ?"

"Aku pun chat laa dia , marah dia . Pastu dia cakap dia nak tunang . Sakit hati betul lah aku ni ! Konon nak setia , tapi last last kecundang . Harap je belajar agama mamat tu . Tapi tak tahu ke bab hati ni . Haish !"

Aku tersenyum . Dyra hanya memerhatikan aku yang sedia nak berbicara .

"Okay , Zahra . Go on! Pikah , dengar baik-baik and hadam. Kau anggap je Zahra si konon warak ni tiang elektrik yang boleh bercakap okay ?" Pikah hanya mengangguk dengan kata-kata Dyra.

"Pikah sayang ... Kau bertudung litup , labuh lagi . First aku nak tanya , apa hukum ada hubungan boyfriend,girlfriend ni ?"

Pikah hanya menunduk. "Ha...ram.."

"Alhamdulillah , kau masih tahu means masih ada hati dalam diri kau. Okay , bila dah haram maka hukumnya dosa and same to goes perkara ni mendekati zina so ia akan mengganggu hati kau."

"Kenapa lebih mengganggu hati ?"

"Sebab hati kau yang control segala perasaan kau .. lebih-lebih lagi kepada Allah."

Pikah menunduk dalam tanda menahan sebak . Aku , Dyra memegang erat tangan Pikah .

"Pikah , diri kau berharga dan mahal apatah lagi hati kau ."

"Ya , mungkin kau akan kata . HATI AKU TAK KUAT ?"

"Sebab ? Allah telah hilang dari hati kau. Jangan hanya bila rindu seseorang . Baru kita kenal erti doa'.
Jangan hanya bila kita sedih kerana cinta manusia , baru kita nak bentang sejadah.
Jangan hanya bila kita sakit HATI , baru kita kenal siapa Allah ."

Airmata pikah akhirnya jatuh ke riba.

"Kau solat di awal waktu , kau berdoa , hanya sebab satu kewajiban atau kau cuma nak mengadu kat Allah kata kau rindu seseorang or kau sakit hati sebab seseorang ?"

"Allah , Allah . Ya , Allah tempat mengadu . Tapi apa kita tahu Allah lagi rindu kita dari kita rindukan seseorang . MasyaAllah ."

"Zah...zah...ra...aa.."

"Sayang , believe Allah not my words . Hati ni Allah pinjamkan untuk meletakkan rasa-rasa yang hebat kepada ZatNya . Kita tak dapat nak merasa betapa lawanya rasa-rasa kepada Allah sebab hati kita tak jaga. Lihatlah sebagaimana ulama'-ulama' melafazkan rasa cinta mereka dengan ibadat yang penuh khusyuk dan ikhlas . Bila kita niat buat sesuatu kerana ORANG , maka rebah . Tapi bila kerana ALLAH , maka bahagialah kamu ."

"Hati kita memang tak kuat sedangkan iman pun turun naik macam escalator. So, percayalah! Hati ini Allah pinjamkan jadi maknanya Hati ini Allah pegang bukan milik kita."

"Zahra, Dyra . Aku minta maaf. Kerana manusia , aku alpa. Kerana dunia, aku leka."

Aku menepuk lembut bahu Pikah .

"Kita manusia. Kau ada dosa , Dia ada dosa , Aku ada dosa ."

"Nobody perfect except Rasulullah SAW. Allah tu adil . Jadi , ajar hati cintakan Zat Allah . Ajar hati rindukan Sifat Allah . Ajar hati segalanya tentang Allah . Siapa Allah ?"

"Ya , Allah Tuhan kita . Tapi Allah itu adalah nama bagi ZatNya."

"Pikah ... You , me , everybody can struggle to be better than before and istiqamah. Janganlah solat istikharah kita rajin nak buat tapi solat taubat kita merangkak-rangkak malas nak buat. Kan?"

"Betul apa yang Zahra cakap. Kita semua samaaa. Cuma cara kita diuji itu berbeza, Allah jauhkan kau dari mamat tu sebab Allah sayang kau. Allah taknak kau dekat dengan zina. Kau kena bersyukur.."

Dyra menambah. Pikah masih teresak-esak menahan sebak . Alhamdulillah !

"Dyra , Zahra ... Terima kasih sedarkan aku . Aku leka sangat dengan telefon ni sampai tak sedar yang aku dah terjerumus dengan zina."

"Alhamdulillah , pikah . Sekurangnya kau dah sedar sekarang ."

"Yup , so kita sama-sama saling menegur and bertatih ke arah lebih baik , in shaa Allah !"

***************

Conclusion !

Hati aku tak kuat ? Allah !
Fikir balik , kau letak Allah di celah mana kat hati kau sampai hilang kekuatan hati kau ?

Kita semua ada hati . Ada perasaan . 
So , wajiblah bagi kita untuk jaga hati masing-masing.
Jangan rosakkan hati dengan benda lagha.

Ya, nak jaga hati tak mudah. Iman pun boleh rebah.
Tapi , cuba . Dan usaha itu sangat perlu .

Hati ini kena cintakan Zat Allah bukan cinta dimulut tapi 'amal.
Baru dapat kekuatan hati dan iman .

In shaa Allah !
Jangan kata hati aku tak kuat .
Tapi kata , Allah itu ada . Isn't it ? Okeh sekian .

Zahratul Qalbi in da house